Wednesday, August 26, 2009

Kalau....

Kalau
hati bisa bertemu
akan ku biar ia melurut ke kaki

Kerana
walaupun berat
sudah dapat ku raih satu nikmat

Dan
akan ku kecap
segala yang ngeri dan seri

Pada
bumi dan antaranya
yang tidak di sini atau di sana

Sepanjang,
pasang surut hidup
juga masa silih berganti

Perjalanan ini
akan ku harungi
tak lain kerana cinta sejati...

Sajak Inggeris Nukilan Shahril Nizam If Only (For Love)
Oleh Musyri

No comments:

Post a Comment